suria

Lapan Maut Dalam Kebakaran Di Rumah Jagaan Orang Tua

Keadaan pintu masuk rumah penjagaan orang tua Santa Fe yang terbabit dalam kejadian kebakaran. Foto EPA

MADRID: Lapan warga emas maut dalam satu kebakaran di rumah penjagaan orang tua dekat Zaragoza di timur laut Sepanyol pada Ahad.

Jurucakap bagi kerajaan serantau Aragon berkata, dua lagi mangsa cedera, termasuk dua orang yang mengalami kecederaan parah.

Kebakaran itu yang berlaku di pekan Cuarte de Huerva berlaku pada kira-kira 1 pagi (6 pagi waktu Malaysia) pada Ahad.

Polis sedang menyiasat mengenai punca kejadian. - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain