suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Boko Haram Serang Chad, Nigeria

WASHINGTON: Kumpulan Boko Haram mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di ibu negara Chad, N'Djamena dan bandar di Maiduguri, Nigeria, pada Sabtu kata SITE Intelligence Group.

SITE Intelligence Group adalah sebuah badan pemantauan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Pengakuan kumpulan itu dibuat menerusi Twitter dengan jenama baharu 'Negara Islam, Wilayah Afrika Barat', seiring dengan ikrar sekutu kumpulan itu dengan IS pada Mac lalu.

Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam serangan oleh pengebom berani mati di sebuah pasar di N'Djamena.

Kejadian itu berlaku hanya selepas kumpulan berkenaan mengebom di bandar yang sama pada 15 Jun lalu yang mengakibatkan 30 orang terkorban.

Sementara dalam serangan di Maiduguri, dua terbunuh dan dua cedera apabila pengebom bunuh diri gagal menghampiri terminal sebuah stesen bas yang sesak.

Boko Haram

Artikel Lain