suria

Tunisia Tembak Mati Suspek Didakwa Militan

PIHAK berkuasa Tunisia telah menembak mati sekurang-kurangnya lima suspek militan selepas berlaku serangan terbuka yang mengorbankan 38 pelancong di pantai negara berkenaan.

Tindakan kecemasan itu dilakukan Tunisia sebagai menentang tindakan ahli kumpulan militan Negara Islam (IS), Seifeddine Rezgui yang menembak mati pelancong pada 26 Jun lalu.

Selain itu, pihak berkuasa yang terdiri daripada tentera dan polis turut menahan lapan suspek selepas bertempur di kawasan pergunungan Gafsa.

Awal minggu lalu, kerajaan United Kingdom (UK) mengarahkan kesemua warganya meninggalkan Tunisia kerana bimbang keganasan tersebut berulang.

Walaupun kerajaan Tunisia memberi jaminan akan keselamatan rakyat British, namun UK bimbang keganasan lebih teruk berlaku.

Tunisia sebelum ini telah mengerahkan hampir 7,000 anggota keselamatan untuk menentang kumpulan militan.

Hasil operasi tersebut, seramai 22 orang yang didakwa sebagai suspek telah dibunuh manakala 1,000 ditahan.

Negara Islam, Tunisia

Artikel Berikut

Artikel Lain