suria

Pertempuran: Empat Tentera Pakistan, Sembilan Militan Terbunuh

ISLAMABAD: Seramai empat anggota tentera maut manakala sembilan ahli kumpulan militan terbunuh dalam operasi memerangi kumpulan Taliban di kawasan bergolak Pakistan Pada Sabtu.

Tenteran Pakistan berkata, pertempuran itu berlaku di Pre Ghar iaitu di antara sempadan kawasan bergolak Waziristan.

"Sekurang-kurangnya sembilan pemberontak terbunuh dalam kepungan itu, empat tentera turut maut," kata tentera dalam satu kenyataan.

Pakistan berdepan pelbagai ancaman daripada kumpulan pemberontak selepas negara itu berpakat dengan Amerika Syarikat untuk memerangi Afghanistan pada 2001.

Beirkutan itu negara tersebut memulakan kempen memerangi Taliban secara besar-besaran sejak Jun lalu dan terus melakukan kepungan demi kepungan khususnya di kawasan Waziristan.

Waziristan, Pakistan, Taliban

Artikel Sebelum

Artikel Lain