suria

Manny Pacquiao Rayu Pengampunan Banduan Filipina

Pacquiao (tengah) dan isterinya Jinkee menemui Mary Jane (kiri) berdoa pada pertemuan di penjara Wirogunan, Yogyakarta.

MANILA: Ikon tinju Manny Pacquiao berjanji untuk merayu bagi mendapatkan pengampunan bagi pihak wanita warga Filipina yang dihukum mati di Indonesia sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkannya.

Atlet berstatus wakil rakyat itu meluangkan masa bersama isterinya, Jinkee selama sejam dengan Mary Jane Veloso di penjara Yogyakarta pada Jumaat.

Mary Jane dihukum mati kerana menyeludup dadah selepas heroin ditemui dalam begnya di Lapangan Terbang Yogyakarta pada 2010.

Hukumannya ditangguhkan pada April lalu, manakala lapan pesalah lain termasuk dua rakyat Australia, empat Nigeria, seorang Brazil dan seorang Indonesia telah menjalani hukuman itu.

Dua rayuan perbicaraan semula sebelum ini gagal membatalkan hukuman mati ke atas Mary Jane.

Pacquiao yang juga anggota Kongres Filipina dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kongres mengenai pekerja negara itu di luar negara dijadual melawat Parlimen Indonesia, Sabtu.

Usaha sudah diatur untuk dia berunding dengan Presiden Joko Widodo.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Maut Berebut Baju Raya

Artikel Lain