suria

Maut Berebut Baju Raya

Orang ramai membantu membawa penduduk miskin yang maut dalam rempuhan kerana berebut baju percuma pada Ramadan di Bangladesh, Jumaat.

DHAKA: Tradisi mengagihkan pakaian percuma kepada penduduk miskin sempena Ramadan di sini mengakibatkan sekurang-kurangnya 23 maut dalam rempuhan kerana berebut mendapatkan baju raya.

Kejadian di bandar Mymensingh dekat utara Bangladesh ini berlaku pada Jumaat.

Ketua polis bandar itu, Moinul Haqu berkata, insiden berlaku apabila ratusan penduduk miskin cuba membolosi pintu kecil untuk masuk ke kawasan kilang selepas berkumpul di luar bangunan itu sejak Subuh.

"Setakat ini 23 mayat telah dipindahkan. Kebanyakan mangsa adalah orang miskin terutama wanita. Selain itu, lebih 50 yang lain turut cedera dalam insiden itu," menurutnya.

Laporan AFP menyebut angka kematian dijangka meningkat kerana terdapat beberapa penduduk lebih awal membawa pulang mayat saudara mereka sebelum polis tiba di tempat kejadian.

Susulan insiden tersebut, pemilik kilang dan enam yang lain ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut polis, lebih 1,500 orang berkumpul di luar kilang tembakau sekitar pukul 4.45 pagi selepas pemilik mengumumkan  mereka akan mengedarkan pakaian percuma kepada warga miskin sempena Ramadan.

Ramadan, Mymensingh, Dhaka, baju raya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Omar Sharif Meninggal Dunia

Artikel Lain