suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tikus Gergasi 'Kecohkan' London

Gambar tikus gergasi yang menimbulkan perdebatan di kalangan warga London.

LONDON: Penemuan seekor tikus di kawasan pelabuhan mencetuskan perdebatan di kalangan penduduk bandaraya ini yang tidak percayai adanya haiwan bersaiz gergasi itu.

Penemuan tikus besar itu tersebar apabila gambar seorang lelaki memakai pakaian keselamatan memegang seekor tikus besar di bahagian leher dan menunjukkannya ke kamera di muatnaik ke Facebook.

“Selamat tengah hari semua, jumpa ini di pelabuhan Grimsby,” itulah keterangan gambar tersebut yang kemudiannya dikongsi ribuan kali.

Walaupun ramai yang terkejut dengan saiz haiwan itu, ada yang  mendakwa gambar itu palsu dan diubah suai menerusi perisian Photoshop.

Gambar itu dikongsi sehari selepas sebuah badan amal mendedahkan usaha melatih tikus-tikus besar bagi mengesan periuk api di sebahagian besar negara Afrika. 


tikus, London, Facebook

Artikel Lain