suria

Indonesia Arah Tutup TV Waktu Maghrib Hingga Isyak

Dedi Mulyadi

JAKARTA: Bimbang budaya solat berjemaah, membaca al-Quran dan belajar agama diabaikan, pentadbir agama di Jawa Barat mengarahkan televisyen ditutup pada waktu Maghrib.

Arahan itu dikeluarkan Ketua daerah Purwakarta di Jawa Barat, Dedi Mulyadi bagi membolehkan kanak-kanak terutamanya solat berjemaah, belajar agama dan mengaji al-Quran.

Katanya, larangan berkenaan berkuat kuasa pada waktu solat Maghrib sehingga solat Isyak.

Dedi berkata, Ramadan waktu paling sesuai untuk menguatkuasakan larangan berkenaan kerana umat Islam meningkatkan amalan sepanjang bulan mulia itu.

“Ketika ini, budaya solat Maghrib berjemaah, membaca al-Quran dan belajar agama mulai Maghrib hingga Isyak sudah banyak ditinggalkan.

“Semuanya berpunca daripada program televisyen yang tidak berguna pada waktu Maghrib yang menyebabkan kanak-kanak tidak mahu mengamalkannya,” katanya.

Katanya, walaupun  sedar larangan itu tidak popular, tetapi ia diputuskan selepas berbincang dengan pemimpin masyarakat, ketua mukim dan ketua kampung.

“Saya mengarahkan mereka mempromosikan larangan tidak menonton televisyen mulai waktu Maghrib hingga Isyak,” jelasnya walaupun larangan itu tidak termaktub dalam undang-undang.


Dedi Mulyadi, Maghrib, Ramadan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain