suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Greece Undi "Tidak"

Rakyat Greece berhimpun untuk menyatakan pendirian menolak pinjaman antarabangsa.

ATHENS: "Tidak" itulah pendirian lebih 60 peratus rakyat Greece ketika mengundi untuk pakej penyelamatan yang ditawar pihak pemberi pinjaman antarabangsa.

Keputusan muktamad kiraan undi menunjukkan 61.3 peratus pengundi Greece menolak syarat-syarat tersebut, iaitu lebih tinggi berbanding ramalan tinjauan pendapat.

AFP melaporkan, bagi membuktikan kesungguhan mereka menolaknya, ribuan penyokong kempen yang menolak syarat-syarat tersebut meraikan keputusan pungutan suara itu di hadapan bangunan Parlimen di sini.

Perdana Menteri Alexis Tsipras turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Greece kerana apa yang beliau sifatkan sebagai pilihan berani mereka.

Sementara itu, ketua Eurogroup, Jeroen Dijsselbloem berkata keputusan pungutan suara itu adalah sesuatu yang amat dikesali bagi masa depan Greece.

Pemimpin zon Euro akan mengadakan sidang kemuncak untuk membincangkan situasi tersebut, manakala pemimpin Jerman dan Perancis yang berhubung melalui telefon berkata keinginan rakyat Greece mesti dihormati.

Parti Syriza yang mentadbir sebelum ini mendesak rakyat mengundi untuk menolak pakej penyelamatan yang ditawarkan negara pemiutang.

Bagaimanapun keputusan itu mungkin menyebabkan Greece tersingkir dari zon Euro.

Athens sebelum ini bertegas penolakan pakej penyelamatan akan meletakan mereka dalam kedudukan kukuh untuk berunding tawaran baharu bagi menyelamatkan ekonomi mereka.

Dengan keputusan ini, institusi bank Greece di jadual dibuka semula mulai Selasa. 




Greece, Eurogroup, Alexis Tsipras

Artikel Lain