suria

Filipina Sahkan Kes Kedua MERS

MANILA: Filipina pada Isnin mengesahkan kes kedua bagi virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) berlaku di negara itu selepas seorang lelaki menunjukkan simptom penyakit tersebut selepas tiba di Manila dari Dubai pada bulan lalu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Lyndon Lee-suy berkata, lelaki berusia 36 tahun itu dimasukkan ke hospital pada Sabtu lalu dan kini di bawah pemerhatian.

Tambahnya, usaha menjejaki individu yang berhubung dengannnya dilakukan bagi mengelakkan wabak itu tersebar.

Menurut jurucakap itu, lelaki berkenaan turut berkunjung ke Arab Saudi, dan menambah keadaannya kini bertambah baik.

Kes pertama MERS dikesan di Filipina pada Januari lalu apabila seorang jururawat warga tempatan bekerja di Arab Saudi sembuh daripada penyakit itu. - REUTERS


MERS

Artikel Berikut

Ini Wartawan Otai, Klasik

Artikel Lain