suria

Pasar Fayoush Berdarah Menjelang Syawal

Keadaan pasar di Fayoush yang rosak teruk akibat serangan udara yang diketuai Arab Saudi.

SANAA: “Darah manusia bercampur darah haiwan yang dijual di pasar itu," kata saksi kejadian serangan udara oleh pakatan Arab.

Serangan terbaharu pada Ahad itu diketuai Arab Saudi menjelang Syawal itu terkena pasar di Fayoush, Aden, menyebabkan kira-kira 45 orang awam terbunuh dan lebih 50 lagi cedera.

“Saya bergegas ke pasar itu sebaik mendengar letupan dan melihat puluhan mayat bergelimpangan," kata penduduk bandar itu, Abu-Ali al-Azibi.

Kebanyakan mangsa bedilan yang dicetuskan pakatan Arab itu cedera parah dan segera dibawa ke hospital berdekatan.

Sementara itu, dalam kejadian serangan sebelum ini, ibu pejabat Parti Kongres Rakyat Am pimpinan bekas Presiden Ali Abdullah Saleh di sini musnah.

Pembantu Setiausaha Agung parti itu, Faeqa al-Sayed berkata, ibu pejabat parti itu musnah sama sekali.

“Beberapa petugas terbunuh,” katanya.

Dia menyifatkan serangan itu cubaan untuk menggagalkan perbincangan dengan Ismail.

“Kejadian ini tidak akan membuatkan kami berhenti daripada berusaha untuk mewujudkan persekitaran sesuai bagi bekerjasama dengan PBB,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web parti. 


Fayoush, Arab Saudi, Abu-Ali al-Azibi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain