suria

Serangan Di Pantai Tunisia: 15 Mangsa Warga Britain



LONDON: Britain mendakwa sekurang-kurangnya 15 warganya terbunuh dalam serangan pengganas di pantai Tunisia yang mengorbankan 38 mangsa keseluruhannya.

Selain itu, Britain juga menyifatkan jumlah warganya yang terbunuh merupakan satu lagi kehilangan besar selepas insiden pengeboman pengganas di London pada 2005.

Pegawai Kementerian Luar, Tobias Ellwood berkata, jumlah korban melibatkan warga British mungkin meningkat kerana terdapat mangsa yang mengalami kecederaan serius dalam insiden berkenaan.

Setakat ini terdapat 39 mangsa mengalami kecederaan dan 25 daripadanya merupakan warga Britain.

Dalam serangan di Port el Kantaoui di Sousse, seramai 38 orang yang terdiri daripada pelajar, pelancong dan pekerja terbunuh selepas seorang lelaki melepaskan tembakan secara rambang.

Serangan itu didakwa dilakukan oleh ahli kumpulan Negara Islam (IS) yang kini menguasai Iraq dan Syria.

Perdana Menteri, David Cameron sebelum ini meminta negaranya bersedia untuk menerima kenyataan bahawa mungkin lebih ramai yang cedera parah dan kritikal akan turut terkorban.

Tunisia

Artikel Lain