suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

@jokowi Kini Akaun Twitter Rasmi Presiden Jokowi

Jokowi ketika meraikan anak-anak yatim pada majlis iftar di kediaman rasmi Presiden Indonesia.

JAKARTA: Menjelang sambutan hari lahirnya yang ke-54 pada Ahad, Presiden Indonesia, Joko Widodo menukar akaun Twitternya @jokowi_do2 kepada @jokowi.

Media tempatan, Antara melaporkan pada Selasa, @jokowi kini menjadi akaun rasmi Presiden itu.

Menerusi @jokowi juga, Presiden akan berinteraksi secara langsung dengan rakyat dan membincangkan isu penting dari semasa ke semasa.

Jokowi berkata, beliau berharap interksi akan lebih kerap dan telus secara eksklusif dengan rakyat Indonesia.

"Setiap tweet yang langsung daripadanya akan diletakkan singkatan namanya -JKW pada akhir tweet itu," katanya.

Setakat ini, pengikut @jokowi mencecah 2.9 juta, meliputi pengikut akaun lamanya dan juga yang baharu.

Jokowi mengumpul lebih 560,000 pengikut sejak dilantiks secara rasmi sebagai presiden pada Oktober lalu.

Pengikutnya meningkat sehingga 54,000 sejak hujung minggu lalu apabila mengaktifkan akaun @jokowi.

Sempena hari lahirnya, #HBDjokowi menduduki tangga teratas Twitter Trend di Indonesia.

@jokowi, Indonesia, Twitter

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain