suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Rakyat Malaysia Ditahan Kerana Miliki Dadah

Dadah yang dirampas dalam pemeriksaan dibuat oleh pihak berkuasa Singapura. Gambar dari CNB

SINGAPURA: Dua rakyat Malaysia disyaki menyeludup dadah ditahan pada malam Isnin dan 980 gram ganja serta 37 gram dadah jenis 'ice' dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura dalam satu kenyataan berkata, dua lelaki warga Malaysia, masing-masing berusia 19 dan 21 tahun ditahan.

Satu bungkusan hitam dipercayai mengandungi dadah ditemui disembunyikan di bawah tempat duduk motosikal semasa pemeriksaan dilakukan oleh para pegawai CNB dan Unit K9 Pasukan Polis Singapura.

Pegawai CNB kemudiannya menemui dua lagi bungkusan hitam selepas melakukan pemeriksaan lanjut. - The Straits Times/Asia News Network

Artikel Lain