Bagaimanapun, pihak tentera mengekalkan banyak kuasa dengan melaksanakan langkah keselamatan khas, iaitu Artikel 44 perlembagaan sementara.
Langkah itu akan membenarkan pasukan keselamatan melakukan penahan tanpa waran dan menahan individu tanpa pertuduhan.
"Kami sudah menarik undang-undang tentera di seluruh negara," menurut kenyataan pihak tentera yang disiarkan di televisyen.
Pengumuman itu dibuat selepas Raja Bhumibol Adulyadej meluluskan penarikan undang-undang itu yang melarang perhimpunan politik dan memberi kuasa kepada pihak tentera. -AP


