suria

Wanita Cuba Serang Ibu Pejabat Polis Ditembak Mati

POLIS Turki menembak mati seorang wanita yang bersenjatakan rifal, pistol dan bom tangan ketika cuba menyerang ibu pejabat polis di Istanbul pada Rabu.

Kejadian menggemparkan Istanbul itu berlaku sehari selepas seorang pendakwa raya dijadikan tebusan oleh kumpulan pemberontak, Barisan-Parti Revolusi Pembebasan Rakyat (DHKP-C) yang menyerbu masuk sebuah mahkamah.

Mehmet Selim Kiraz, 46, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan akibat ditembak dalam kejadian berkenaan.

Pejabat Gabenor Istanbul dalam satu kenyataan berkata, polis mengesan seorang pemberontak wanita yang lengkap dengan senjata cuba menyerang ibu pejabat polis.

"Wanita itu kemudian ditembak mati oleh polis," katanya yang belum jelas mengenai motif serangan itu dilakukan.

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata, serangan itu merupakan satu provokasi untuk mewujudkan kacau-bilau menjelang pilihan raya yang bakal berlangsung pada Jun.

Polis, Turki, Istanbul

Artikel Berikut

Artikel Lain