suria

Pembangkang Menang Pilihan Raya Nigeria

Muhammadu Buhari

ABUJA: Calon utama pembangkang Muhammadu Buhari diumum memenangi pilihan raya presiden Nigeria selepas mendapat 2.57 juta undi pada Rabu.

Suruhanjaya Bebas Pilihanraya Nigeria (INEC) mengumumkan bahawa calon berusia 72 tahun itu dari APC (All Progressives Congress) memenangi pilihan raya itu selepas mendapat sebanyak 15,424,921 undian - iaitu 53.95 peratus daripada jumlah keseluruhan undian sah yang berjumlah 28,587,564.

Presiden Nigeria  yang juga musuhnya Goodluck Jonathan, 57, dari parti PDP (Peoples Democratic Party), pula mendapat 12,853,162 juta undi.

Sementara itu, Pengerusi INEC, Attahiru Jega berkata," Muhammadu Buhari, diisytiharkan telah memenangi pilihan raya ini.".

Nigeria, Presiden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain