suria

Germanwings: Teman Wanita Pembantu Juruterbang Takut Dikecam

TEMAN wanita kepada pembantu juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz dilaporkan takut untuk pulang ke kampung halaman kerana bimbang dikecam orang ramai.

Guru sekolah itu, Kathrin Goldbach, 26, membesar sekampung dengan Lubitz di sebuah perkampungan kecil di Montabaur, Jerman.

Sehari sebelum kejadian itu, Lubitz dikatakan telah keluar bersama Kathrin untuk bersiar-siar menaiki kereta jenis Audi yang baru dibeli pembantu juruterbang berkenaan.

Kathrin turut mendapat tempias kemarahan orang ramai apabila Lubitz dilapor bertanggungjawab terhadap nahas yang mengorbankan 150 penumpang dan anak kapal di pergunungan Alps.

Rakan kepada keluarga Kathrin berkata, wanita itu bimbang dicemuh orang ramai dan enggan pulang ke kampung halaman kerana dikenali ramai.

Kathrin dilapor mengetahui tekanan perasaan yang dihadapi Lubitz tetapi tidak pernah mendedahkan perkara itu sehingga kejadian ngeri berkenaan berlaku.

Germanwings, Andreas Lubitz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain