suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Upacara Tabur Bunga Bagai Ziarah Pusara - Anak Kapten Irianto

Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat QZ8501 menabur bunga di lokasi kejadian pada 28 Disember lalu pada Ahad.

TELUK KUMAI: Ahli keluarga juruterbang pesawat AirAsia, QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa lega kerana dapat melihat lokasi kejadian yang mengorbankan 162 penumpang serta anak kapal dalam kejadian pada 28 Disember lalu.

Mereka menghadiri upacara menabur bunga pada Ahad di lokasi kejadian ketika pesawat yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura itu ditimpa malang di sini.

Malahan, keluarga itu menganggap upacara menabur bunga itu seperti menjenguk pusara bapanya.

Turut hadir pada upacara itu ialah isteri Irianto, Widia Sukanti Putri, 48, dan anak bongsunya, Arya Galih Gegana, 8.

Menurut anak perempuan juruterbang berkenaan, Angela Anggi Ranastianis (gambar), 25, keluarganya kini reda dengan kematian bapanya dan sudah boleh menerima kenyataan bahawa mayatnya tidak akan ditemui.

“Saya berharap papa tenang di sana. Sudah tidak ada harapan jenazah papa ditemui, Kami ikhlas dan merelakannya,” katanya.

Jenazah juruterbang itu antara 92 mayat penumpang dan anak kapal yang tidak ditemui selepas lebih sebulan gerakan mencari dan menyelamat dijalankan.

“Sejak badan pesawat ditemui, kami sekeluarga yakin jenazah papa tidak akan dijumpa,” kata Angela.

Hanya 70 mayat ditemui dalam gerakan mencari yang diketuai Indonesia itu.

 

Irianto, AirAsia, QZ8501, Teluk Kumai

Artikel Lain