suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Singapura Isytihar Tempoh Berkabung Negara

Lee Hsien Loong
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengisytiharkan tempoh berkabung negara dari Isnin (23 Mac) hingga Ahad (29 Mac)berikutan kematian bapanya, pengasas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew pagi Isnin.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, sebagai tanda penghormatan, bendera negara di semua bangunan kerajaan dikibarkan separuh tiang mulai Isnin hingga Ahad.

Upacara keluarga akan diadakan pada hari ini dan esok (Selasa 24 Mac) di Sri Temasek, kediaman rasmi perdana menteri.
Jenazah Kuan Yew akan ditempatkan di bangunan Parlimen mulai Rabu (25 Mac) hingga Sabtu (28 Mac) untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir.

Mereka yang ingin memberikan penghormatan terakhir di bangunan Parlimen boleh berbuat demikian antara pukul 10 pagi dan 8 malam.

Artikel Lain