suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Qatar Mulakan Pembangunan Semula 1,000 Rumah Di Gaza

GAZA: Seorang pegawai rasmi Qatar yang melawat kawasan kejiranan Gaza yang musnah akibat dibom oleh Israel dalam perang pada musim panas lalu, pada Selasa menyatakan bahawa negara di Teluk Arab itu sudah memulakan sebuah projek untuk membina semula 1,000 rumah yang membabitkan bantuan AS$1bilion (RM3.71 bilion).

Ketua Jawatankuasa Qatar bagi Pembangunan Semula Gaza, Mohammad al-Amadi berkata, terdahulu Israel membenarkan empat trak simen memasuki Semenanjung Gaza supaya rancangan pembinaan rumah boleh dimulakan.

"Hari ini kita bermula dengan (usaha) AS$1bilion (RM3.71 bilion)," kata Amadi kepada pemberita.

Pejabat Tentera Israel yang menyelaraskan pergerakan barangan ke Gaza, Cogat berkata, penghantaran simen itu dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Palestin.

Pegawai-pegawai Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan 130,000 buah rumah telah runtuh atau rosak, terutamanya oleh serangan udara Israel sewaktu perang antara Julai dan Ogos tahun lalu di wilayah itu.

"Kami mahu lebih banyak negara untuk datang dan membina semula Gaza. Gaza musnah akibat peperangan yang berlaku sebelum ini," kata Amadi. - REUTERS

Gaza, Qatar

Artikel Lain