suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pramugari Menari Hibur Penumpang Dalam Pesawat

SEORANG pramugari bertindak berani apabila menari diiringi lagu bagi menghiburkan penumpang yang bosan menunggu pesawat untuk berlepas.

Sebuah video yang dipercayai dirakamkan oleh salah seorang penumpang menunjukkan pramugari berkenaan yang tidak diketahui namanya menari dengan berlatarkan lagu popular 'Uptown Funk' nyanyian Mark Ronson dan Bruno Mars di dalam pesawat.

Menurut seorang pemegang akaun laman sosial Reddit dengan nama 'Simian_King' yang memuat naik video itu, pramugari tersebut sebenarnya adalah kakaknya yang merupakan bekas penari 'breakdance' sebelum bertugas dengan sebuah syarikat penerbangan.

Tindakan pramugari itu bagaimanapun berhasil apabila meraih sokongan dan tepukan daripada para penumpang yang terhibur. - mirror.co.uk

Artikel Lain