suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakaman Dua Helikopter Berlanggar Di Argentina Akibatkan 10 Maut

RAKAMAN yang menunjukkan dua helikopter bertembung di Argentina sehingga mengakibatkan 10 orang maut kini tersebar di laman sosial.

Video yang dirakamkan oleh stesen televisyen Televida9 yang berpangkalan di Mendoza menunjukkan saat mencemaskan apabila dua helikopter terbabit berlanggar di udara sebelum terhempas di wilayah La Rioja dekat pergunungan Andes pada Selasa.

Perenang Olimpik, Camille Muffat, atlet wanita sukan perahu layar Florence Arthaud dan ahli tinju, Alexis Vastine merupakan antara 10 orang termasuk lapan warga Perancis yang maut dalam nahas itu.

Dua juruterbang helikopter warga Argentina turut terkorban.

Ketika kejadian, kesemua mereka sedang menjalani penggambaran bagi sebuah program realiti televisyen.

Pejabat Presiden Perancis, Francois Hollande dalam satu kenyataan berkata: "Kematian mengejut membabitkan rakyat Perancis amat mendukacitakan."

Pihak berkuasa berkata, masih tidak dapat dipastikan punca kemalangan. - mirror.co.uk

Artikel Lain