suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jam Tangan Pintar Apple Dengan Tempoh Bateri 18 Jam

SYARIKAT elektronik gergasi Amerika Syarikat (AS), Apple akhirnya mendedahkan produk jam tangan pintarnya, Watch dan mengumumkan berapa lama ia dapat bertahan selepas sekali caj.

Sejak dimaklumkan pada September tahun lalu, ia masih diselubungi misteri apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook membuatkan banyak pihak tertanya-tanya mengenai ciri yang boleh didapati pada produk berkenaan.

Tetapi semuanya kini adalah jelas, termasuk tempoh bateri 'sepanjang hari' diumumkan walaupun Cook menambah bahawa penggunaan biasa adalah 18 jam.

Harga bagi model Sport bermula AS$349 (RM1,289.58) di Amerika Syarikat (AS), manakala keluli tahan karat Watch adalah AS$549 (2,028.60) dan Edition bermula AS$10,000 (RM36,956.75). 

Model paling mahal di AS adalah AS$17,000 (RM62,826.47). - dailymail.co.uk

Apple, Tim Cook

Artikel Lain