suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas Dua Ribut, Australia Kini Diancam Banjir

Tarn Smith, 7 termenung di hadapan kediamannya yang musnah akibat ribut taufan yang melanda John St, Yeppoon di Queensland pada Jumaat.

QUEENSLAND: Selepas berhadapan kemusnahan akibat dilanda dua ribut taufan pada Jumaat, pihak berkuasa Australia memberi amaran kemungkinan negara itu diancam banjir.

Peringatan itu dimaklumkan Biro Meteorologi supaya penduduk lebih bersiap sedia menghadapi kesan sampingan selepas kedua-dua taufan melanda negara itu.

Lapor AFP, amaran hujan lebat dan angin kencang yang dikeluarkan membabitkan kawasan timur laut Queensland dan utara New South Wales itu dijangka boleh menyebabkan banjir.

Kejadian dua hari lalu mengakibatkan ratusan rumah di beberapa bandar rosak, manakala ribuan penduduk terpaksa bergelap apabila bekalan elektrik terputus.

Taufan tropika Marcia pada kategori lima melanda timur laut Queensland disusuli taufan tropika Lam kategori empat yang membadai Wilayah Utara.

Bencana alam itu menyebabkan kerosakan teruk kepada penduduk di pedalaman Aboriginal, berdekatan Elcho Island iaitu kira-kira 500 kilometer dari Darwin.



Queensland, Marcia, Lam, ribut

Artikel Lain