suria

Marina Torch Dubai Terbakar

DUBAI: Sebahagian bangunan menara kediaman mewah di sini, Marina Torch terbakar awal pagi Sabtu.

Menurut laporan media tempatan, kejadian yang berlaku pada  binaan yang juga antara tertinggi di dunia itu menyebabkan ratusan penduduknya diarah berpindah serta merta.

"Kejadian dipercayai bermula pada pukul 2 pagi di aras 86 bangunan menara itu," kata pihak berkuasa keselamatan.

Setakat ini, tiada laporan kemalangan jiwa atau kecederaan dialami penduduk akibat kejadian itu.

Menurut pihak berkuasa, punca kebakaran di bangunan setinggi 336.1 meter itu masih belum dikenal pasti.

Susulan kejadian itu, pihak polis melakukan sekatan jalan sekitar bangunan itu untuk menjamin keselamatan semua.

Bagaimanapun, dua penduduk menara itu berkata, mereka dimaklumkan kebakaran itu bermula di aras 52.

Steve Short, 53 dari Liverpool, England memuji tindakan pantas pasukan bomba, manakala pengurusan bangunan itu juga mengarahkan kakitangannya ke setiap unit kondominium untuk memastikan penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Tinjauan pada pagi Sabtu mendapati, penduduk menunggu untuk pulang ke kediaman masing-masing, manakala kesan kebakaran dapat dilihat bermula dari aras ke 50 bangunan itu.

Kakitangan pihak berkuasa tempatan pula bertungkus lumus membersihkan kawasan sekitar bangunan it yang penuh dengan sepihan kaca dan lain-lain yang jatuh akibat kebakaran itu.

Marina Torch, Dubai, terbakar

Artikel Lain