suria

Dadah: Enam Banduan Indonesia Ditembak Mati

Polis Indonesia membawa mayat warga Belanda dan Brazil yang selepas menjalani hukuman mati awal pagi Ahad.

JAKARTA: Kumpulan pertama enam banduan termasuk lima lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan yang disabit atas kesalahan berkaitan dadah menjalani hukuman mati pada awal pagi Ahad.

Pihak berkuasa Indonesia akan melaksanakan hukuman tembak itu selepas buat pertama kalinya hukuman mati dilaksanakan sejak Joko Widodo (Jokowi) menjadi presiden Oktober lalu.

Beliau meluluskan pelaksanaan hukuman itu bulan lalu dan berikrar tidak akan mengampunkan pesalah dadah walaupun Kesatuan Eropah (EU), kerajaan Brazil dan Amnesty International merayu.

Marco Archer Cardoso Moreira dikenakan hukuman mati kerana mengedar dadah.

Perkara itu diumumkan pejabat peguam negara di sini walaupun terdapat rayuan dari kerajaan negara pesalah terbabit iaitu lelaki rakyat Brazil, Malawi, Nigeria dan Belanda.

Mereka akan ditempak mati serentak pada tengah malam, beberapa kilometer dari penjara berciri keselamatan tinggi di Pulau Nusakambangan di wilayah tengah Jawa.

Mayat mereka kemudian dibawa keluar dari pulau berkenaan oleh ambulans awal pagi ini sama ada untuk dituntut ahli keluarga atau kedutaan negara masing-masing.

Peguam Negara Indonesia, Muhammad Prasetyo berkata, pengedar dadah tidak dapat lari dari hukuman dan berharap hukuman berkenaan akan memberi kesan kepada yang lain. - AP







 




dadah, tembak, Jokowi, EU

Artikel Berikut

Artikel Lain