suria

QZ8501: Identiti Lima Lagi Mayat Dikenal Pasti

Penyelam Tentera Laut Indonesia sedang menunggu pasukan penyelam utama di lokasi ekor pesawat QZ8501 ditemui di Laut Jawa.
SURABAYA: Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) pada Sabtu berjaya mengenal pasti identiti lima lagi mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Ketua pasukan DVI Polda Jawa Timur, Budiyono berkata, kesemua lima mangsa itu dikenal pasti berdasarkan barang peribadi milik mereka.

"Jasad bukan dibandingkan dengan DNA dari keluarga terdekat, tetapi dari DNA di barang peribadi milik mangsa seperti rambut dan gigi," katanya.

Lima jasad itu dikenali sebagai Yenni Soewono, 38, Sesha Aldi Krisputra, 15, Hartanto Wijaya, 25, Albertus Eka Suya Yulianto, 10, serta Kho Kusuma Chandra, 55, semuanya rakyat Indonesia.

Menerusi pencarian pada hari ke-21, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) hanya 51 daripada 162 mayat mangsa nahas berjaya ditemui setakat ini.

Selama dua hari ini (Jumaat dan Sabtu), tiada mayat baharu ditemui pasukan mencari yang diketuai BASARNAS.

Bagaimanapun Kementerian Perhubungan (KEMENHUB) Indonesia menyatakan komitmen berterusan untuk meneruskan usaha pencarian mayat mangsa yang masih belum ditemui.

Daripada jumlah yang sudah dikenal pasti itu, Budiyono menjelaskan hanya enam jasad yang masih belum dapat ditentukan. - Kompas.com

QZ8501, AirAsia Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain