suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perakam Data Penerbangan QZ8501 Dibawa Keluar

Gambar pada Sabtu lalu menunjukkan kapal Crest Onyx, yang membawa bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 yang ditemui dari dasar Laut Jawa. Foto AFP

JAKARTA: Pasukan penyelam tentera laut Indonesia membawa keluar perakam data penerbangan milik pesawat AirAsia QZ8501 dari dasar Laut Jawa pagi Isnin, kata pegawai kerajaan.

"Pagi ini saya mendapat laporan rasmi daripada jawatankuasa keselamatan pengangkutan nasional. Kita berjaya mengangkat bahagian kota hitam yang merupakan perakam data penerbangan pada pukul 7.11 pagi (waktu tempatan)," kata Fransiskus Bambang Soelistyo, ketua agensi mencari dan menyelamat pada sidang media.

"Kita sedang berusaha mencari perakam suara kokpit."

Pesawat QZ8501 hilang dari radar pada 28 Disember lalu, dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Pesawat itu terhempas di Laut Jawa dan mengorbankan kesemua 162 penumpang dan anak kapal. - REUTERS


Artikel Lain