suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nelayan Bunuh Buaya Baham Isteri Mengandung

Buaya yang membaham isteri Mubarak Batambuze dikatakan sepanjang 20 kaki. (gambar hiasan)

SEORANG nelayan bertindak membunuh seekor buaya sepanjang 20 kaki selepas berang dengan haiwan itu yang membaham isterinya yang sarat mengandung.

Isterinya, Demeteriya Nabrie mencari kayu api di pesisir sungai Nawaikoke di Uganda tetapi penduduk kampung mulai bimbang apabila dia tidak pulang selepas beberapa jam.

Satu operasi mencari dilakukan dan mereka dikejutkan dengan penemuan selipar milik wanita mengandung itu termasuk jari kaki dan tangannya yang berlumuran darah dan sebuah telefon bimbit di kawasan dia dilaporkan hilang.

Dia dikatakan telah dibaham oleh seekor buaya seberat 1,000 kilogram, yang turut menyebabkan kematian enam wanita dan kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

Suami mangsa, Mubarak Batambuze dari kampung Kibuye begitu berang dengan apa yang telah berlaku, kemudiannya pergi menemui tukang besi dan membelanjakan wangnya bagi mendapatkan lembing yang paling tajam.

Memberitahu akhbar hariran Uganda, New Visio, dia berkata: "Saya berjumpa dengan seorang tukang besi dan membayarnya £4.65 (RM25.02) supaya dia boleh membuat lembing paling tajam untuk saya."

Batambuze kemudiannya pergi ke sungai dan berjaya menemui haiwan sepanjang 20 kaki itu berhampiran dengan lokasi mayat isterinya dijumpai seminggu lalu.

Lelaki berusia 57 tahun itu kemudiannya membalas dendam dengan menangkap haiwan itu naik ke tebing sungai dengan bantuan lima nelayan lain.

Dia kini dilabelkan sebagai hero oleh penduduk kampung kerana membunuh buaya yang ganas itu dan menghantui penduduk kampung sejak setahun lalu. - mirror.co.uk

Artikel Lain