suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Charlie Hebdo: Polis Tingkat Kawalan Jejak Dua Suspek

Pasukan SWAT turut ditugaskan untuk mengesan dua suspek serangan akhbar Charlie Hebdo.

PARIS: Perancis meningkatkan tahap keselamatan ke peringkat paling tinggi di tengah bandar ini sehingga utara Wilayah Picardy di mana polis mengecilkan zon untuk menjejaki dua suspek kejadian serangan akhbar satira, Charlie Hebdo.

"Perdana Menteri memutuskan untuk memperluaskan amaran keselamatan sehingga Picardy," kata pejabat Perdana Menteri Manuel Valls.

Tindakan itu diambil selepas dua lelaki bersaudara dipercayai bersenjata itu dikesan berada di sebuah stesen minyak pada pagi Khamis.

Susulan itu juga, anggota pasukan keselamatan dikerahkan untuk memantau dan bertindak mengepung sekitar kawasan di mana kedua-dua suspek itu dilihat kali terakhir.

Selain itu, pihak berkuasa juga dikatakan telah menemui kenderaan yang digunakan suspek dalam kejadian serangan yang menyebabkan 12 orang, termasuk wartawan, kartunis dan dua anggota polis terkorban.



Charlie Hebdo, Picardy, Manuel Valls

Artikel Lain