suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Wanita Maut, Penjawat Awam Cedera Parah Insiden Tembakan Terbaharu Di Paris

Pasukan keselamatan dan perubatan berkumpul di lokasi kejadian tembakan terbaharu di selatan Paris pada Khamis.

PARIS: Seorang anggota polis wanita maut, manakala seorang kakitangan awam cedera parah pada Khamis selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang menggunakan raifal automatik di sini.

Bagaimanapun, setakat ini, polis belum dapat mengesahkan sama ada ia ada kaitan dengan kejadian serangan pejabat akhbar satira, Charlie Hebdo pada Rabu.

Setakat ini, penyerang masih bebas, kata Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve yang bekejar ke tempat kejadian di Malakoff yang terletak di selatan Paris.

Bagaimanapun maklumat bertentangan diterima daripada sumber yang rapat dengan pihak yang mengendalikan kes itu memberitahu suspek sudah ditahan.

Kejadian terbaharu ini berlaku sehari selepas Perancis mengisytiharkan berkabung susulan kejadian serangan di pejabat akhbar itu yang mengorbankan 12 nyawa termasuk dua anggota polis.

Suspek kejadian pertama itu masih belum dapat dikesan dan tiada yang mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian yang mengejutkan itu.


Paris, Bernard Cazeneuve, Malakoff

Artikel Berikut

Artikel Lain