suria

Selepas Charlie Hebdo, Kini Masjid Jadi Sasaran

Pen dan pensil membentuk lambang keamanan bersama gambar mangsa serangan pejabat akhbar Charlie Hebdo, termasuk ketua pengarangnya.

PARIS: Insiden serangan ke atas akhbar satira, Charlie Hebdo di Perancis pada Rabu yang mengorbankan 12 nyawa kini menjadikan masjid sebagai sasaran seterusnya.

Media antarabangsa melaporkan, berlakunya beberapa serangan terhadap masjid di negera itu.

Perkara itu dimaklumkan pasukan keselamatan yang memantau situasi di negara berkenaan berikutan kejadian yang turut mengorbankan dua anggota polis itu.

Dalam kejadian pada Rabu itu, tiga individu bersenjata menyerang pejabat akhbar itu dan menembak mati 12 orang termasuk ketua pengarang akhbar itu dan sembilan kakitangan lain.

Hingga kini, polis Perancis mengesahkan sudah mengenal pasti tiga lelaki sebagai suspek serangan ke atas akhbar mingguan itu.

Pegawai polis menamakan suspek sebagai Said Kouachi dan Cherif Kouachi, iaitu warga Perancis yang berumur lingkungan awal 30-an manakala seorang lagi berusia 18 tahun dikenali sebagai Hamyd Mourad yang kerakyatannya belum disahkan.

Artikel Lain