suria

Bom Kereta Diletupkan, 37 Maut, 66 Cedera

SANAA: Seramai 37 orang maut manakala 66 lagi cedera selepas sebuah bom kereta meletup berhampiran orang ramai yang sedang berbaris di sebuah akademi polis di sini pada Rabu.

Pengeboman yang dipercayai dilakukan oleh pengganas dengan mensasarkan pelatih polis itu telah meningkatkan ketidakstabilan keselamatan di negara tersebut.

Keselamatan di Sanaa meruncing sejak beberapa bulan lalu apabila kumpulan militan Syiah bertempur dengan Sunnah yang terdiri daripada rangkaian Al-Qaeda.

Seorang saksi, Khaled Ajlan berkata, letupan pada pagi itu mensasarkan sekumpulan pelatih baharu polis yang sedang berbaris untuk membuat pendaftaran di akademi berkenaan.

Akibat letupan itu, ramai pemuda maut dan bakinya mengalami kecederaan serta meraung meminta bantuan di tepi jalan berkenaan.

Turut ditemui bersama mayat mangsa ialah serpihan besi kenderaan yang diletupkan.

Sanaa, Yaman, Bom Kereta

Artikel Lain