suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Charlie Hebdo: Dua Suspek Dikesan Di Utara Perancis

PARIS: Dua bersaudara yang juga suspek kejadian serangan pejabat akhbar satira yang mengorbankan 12 nyawa dikesan pada pagi Khamis di bandaraya ini.

Sumber yang rapat dengan pasukan yang mengendalikan operasi mengesan suspek serangan itu juga mendapati kedua-dua lelaki berkenaan bersenjata.

Pengurus sebuah stesen minyak berdekatan Villers-Cotteret di utara Wilayah Aisne dikatakan 'mengecam' dua lelaki itu sebagai individu yang terbabit dalam serangan kejam itu, kata sumber itu lagi.

Sebelum ini, polis Perancis mengedar gambar dua beradik itu dan melancarkan kempen supaya orang ramai menyalurkan maklumat.

Polis Paris berkata, waran tangkap sudah dikeluarkan terhadap Cherif Kouachi, 32 dan abangnya, Said, 34 yang dikatakan "mungkin bersenjata dan berbahaya".

Artikel Lain