suria

Istana Buckingham Terus Nafi Dakwaan Seks Libatkan Putera Andrew

Putera Andrew dan Jeffrey Epstein.

LONDON: Istana Buckingham sekali lagi mengeluarkan penafian berhubung dakwaan seorang gadis dari Amerika Syarikat bahawa dia menjadi 'hamba seks' bawah umur dan dipaksa tidur dengan Putera Andrew.

Gadis itu yang dikenali dalam dokumen perundangan sebagai 'Jane Doe #3' mendakwa di mahkamah bahawa dia disimpan sebagai 'hamba seks' oleh kenalan kepada putera itu iaitu Jeffrey Epstein.

Bagaimanapun Epstein dan Putera Andrew yang juga Duke Of York menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya.

Sebelum ini pada Jumaat lalu, Istana Buckingham berkata "apa jua dakwaan perlakuan sumbang membabitkan Putera Andrew dengan gadis bawah umur adalah tidak benar".

Bagaimanapun pihak istana mengambil tindakan yang disifatkan luar biasa apabila mengeluarkan kenyataan penafian kedua selepas akhbar-akhbar British menyiarkan wawancara bersama plaintif.

"Dengan tegas dinafikan bahawa Duke of York mempunyai sebarang bentuk hubungan seks atau hubungan 'dengan perempuan itu'.

"Dakwaan yang dibuat adalah palsu dan tidak mempunyai asas," demikian kata pihak istana.

Putera Andrew, Istana Buckingham

Artikel Lain