suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebakaran Hutan Australia Merebak, Ribuan Penduduk Tinggalkan Rumah

SYDNEY: Ribuan anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran hutan yang semakin merebak di selatan Australia dengan penduduk meninggalkan rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri ketika angin kuat menyemarakkan lagi api.

Menurut pegawai bomba, enam rumah sudah dimusnahkan oleh kebakaran itu. Tiada kecederaan serius dilaporkan.

Keadaan kering dan suhu tinggi sekitar 30 darjah Celsius menyukarkan anggota bomba memadamkan kebakaran itu.

Menurut pegawai bomba, mereka memerlukan beberapa hari untuk mengawal kebakaran itu.


Kebakaran terburuk berlaku di Adelaide Hills di Australia Selatan di mana api memusnahkan lima rumah dan mengancam ratusan lagi.

Penduduk di 19 komuniti sudah diarahkan berpindah.
kebakaran hutan, Adelaide Hills

Artikel Berikut

Artikel Lain