suria

AS Hantar 150 Perisai Ketenteraan Ke Eropah, Amaran Kepada Rusia

AMERIKA SYARIKAT (AS) akan menghantar sebanyak lebih 150 kereta kebal dan perisai ketenteraan ke Eropah sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman Rusia ke atas Ukraine.

Sebahagian daripada kereta kebal dan perisai ketenteraan akan dihantar ke Jerman manakala sebahagian lagi ke Poland serta negara-negara lain.

Walaupun penghantaran itu dikatakan untuk kegunaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), namun tindakan itu didakwa sebagai amaran kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin berikutan tekanan terbaharu terhadap Ukraine.

AS dilapor terpaksa bertindak demikian selepas seramai 10,000 tentera British terpaksa pulang berikutan pemotongan kos kententeraan yang dibuat oleh Kementerian Pertahanan negara tersebut.

Ketua tentera AS di Eropah, Jeneral Ben Hodges berkata, kereta kebal berkenaan akan dikendali oleh seramai 30,000 tenteranya yang ditempatkan di Eropah.


 


Amerika Syarikat, Rusia, Ukraine

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain