QZ8501: Tiga Mayat Ditemui Berpegangan Tangan - Juruterbang Tentera - Dunia | mStar

QZ8501: Tiga Mayat Ditemui Berpegangan Tangan - Juruterbang Tentera

Barangan pertama milik pesawat QZ8501 yang ditemui untuk dibuat pengesahan bahawa penerbangan berkenaan telah terhempas di lautan Jawa.

TIGA mayat mangsa QZ8501 yang ditemui dilaporkan saling berpegang tangan ketika terapung di lautan Jawa, dakwa juruterbang yang terlibat dalam pencarian pesawat milik AirAsia Indonesia itu.

Dalam laporan Dalymail Online yang memetik akhbar Kompas memberitahu, Staf Udara Tri Wibowa yang merupakan pembantu juruterbang pesawat Hercules C130 mendakwa demikian selepas mereka berjaya menemui serpihan pesawat berkenaan pada Selasa.

"Di situ ada tujuh hingga lapan mayat, tiga daripadanya saling berpegang tangan," katanya kepada Kompas.

Sejak pencarian QZ8501 dilakukan selama tiga hari, pihak penyelamat dilapor telah menemui beberapa mayat terapung selain serpihan pesawat.

Berikutan itu juga, kumpulan penyelam dan dan bantuan kapal laut dilaporkan akan memulakan usaha mencari badan pesawat pada Rabu.

Berdasarkan penemuan tumpahan minyak pada Selasa, pakar percaya pesawat berkenaan mungkin musnah ketika terhempas di permukaan laut.

Selain itu, usaha pencarian juga setakat ini berjaya menemui bayangan pesawat QZ8501 di dasar lautan dan baki mayat berkemungkinan masih di dalam pesawat.

Penerbangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia hilang dari radar selepas 42 minit meninggalkan lapangan terbang di Surabaya pada pagi Ahad.

Pesawat A320-200 yang membawa 162 penumpang ke Singapura itu bagaimanapun disahkan terhempas pada Selasa dengan penemuan mayat dan serpihan pesawat.


QZ8501 , AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain