Operasi selaman akan tertumpu di 110 batu nautika dari Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, iaitu lokasi penemuan pertama serpihan dan mayat mangsa nahas itu pada Selasa.
Menurut Edi, Kapal KRI Bung Tomo milik TNI AL akan memantau perairan itu dengan menggunakan peralatan sonar sebelum operasi selaman dilakukan.
Jelasnya, operasi pencarian dan selaman tetap sukar berikutan cuaca buruk di kawasan tersebut.
Selain itu, lokasi perairan yang berdekatan dengan kawasan hutan menyebabkan air agak keruh sehingga menjejaskan penglihatan di bawah laut.
Beliau berkata, enam pasukan Kopaska yang masing-masing terdiri daripada tujuh hingga lapan anggota dikerahkan untuk melakukan operasi selaman.
Sehingga malam Selasa, tiga mayat dan beberapa serpihan pesawat telah dijumpai.
QZ8501: Kopaska Indonesia Sedia Buat Selaman Di Lokasi Nahas
Gelongsor kecemasan yang dijumpai sama dengan yang dimiliki pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.
"Kami akan memeriksa lokasi nahas terlebih dahulu sebelum melakukan selaman," kata Kapten Kopaska, Edi Tirtayasa.


