suria

Pembaca Berita Sebak Kenal Mangsa Tebusan Sydney Ketika Siaran Langsung

PEMBACA berita program Sunrise, Natalie Barr tidak dapat menahan kesedihannya ketika sedang bersiaran langsung sebaik sahaja mengumumkan mangsa tebusan di sebuah kafe di Sydney, Katrina Dawson terbunuh dalam insiden itu, pada pagi Selasa.

Mangsa yang merupakan ibu kepada tiga anak, merupakan adik kepada kenalan Barr.

Bar, 46, yang membaca berita di program Channel Seven bersama David Koch berasa sebak dan tidak dapat mengawal perasaannya itu.

"Saya baru menyedari Katrina... Katrina Dawson merupakan adik kepada seorang peguam, Sandy Dawson, yang pernah berkhidmat untuk Channel Seven," katanya.

"Adik kepada salah seorang kakitangan Channel Seven kami, Sandy Dawson, yang saya kenali, dan rakan-rakan saya juga mengenalinya."

Beliau menambah: "(Katrina) merupakan ibu kepada tiga anak. Kami baru mengetahui tentangnya pagi ini.

"Dia merupakan adik kepada seorang peguam yang banyak berkhidmat untuk Channel Seven, yang mungkin ramai mengenalinya di Sydney, dan keluarga mereka terpaksa berhadapan dengan keadaan sukar ini, seperti mereka yang lain."

Kejadian yang berlaku pada Isnin itu melibatkan seorang lelaki bersenjata, Man Haron Monis yang menawan sejumlah tebusan di sebuah kafe di Sydney.

Tawanan itu yang berlanjutan selama 16 jam berakhir selepas polis membuat serbuan ke dalam bangunan itu.

Tiga maut dalam insiden itu, termasuk Monis, seorang pengurus kafe, Tori Johnson dan Dawson.

Dilaporkan bahawa Dawson dipercayai terbunuh dalam insiden itu ketika cuba melindungi seorang rakannya yang mengandung. - mirror.co.uk 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain