suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malala Sedih Taliban Bunuh Kanak-Kanak

LONDON: Pemenang anugerah keamanan Nobel, Malala Yousafzai berkata, hatinya remuk redam apabila diberitahu mengenai serangan ganas Taliban ke atas sebuah sekolah pagi Selasa.

Malala yang pernah menjadi mangsa serangan Taliban pada 2012 kerana memperjuangkan hak kanak-kanak perempuan mendapat pendidikan berkata, dia amat sedih dan kesal dengan keganasan Taliban itu.

"Ia adalah serangan tidak berperikemanusiaan. Kanak-kanak tidak berdosa dikorbankan di sekolah yang sepatutnya menjadi tempat selamat untuk mereka," katanya.

Dalam kejadian itu sekurang-kurangnya 130 orang - kebanyakannya pelajar - maut apabila sekumpulan militan menyerbu sekolah kendalian tentera di Peshawar.

Konflik itu berakhir beberapa jam kemudian.

Kata Malala, tindakan pengganas itu adalah bukti mereka pengecut.

"Saya berdiri bersama kerajaan dan pasukan keselamatan Pakistan yang berusaha bersungguh-sungguh menangani keganasan begini," katanya.

Malala, 17, kini menetap di Britain dan menjadi ikon dunia selepas nyaris maut apabila dijadikan sasaran Taliban di kampungnya pada Oktober 2012.

Ketika itu Malala aktif berkempen untuk membolehkan remaja perempuan sepertinya menerima pendidikan.

Kumpulan Tahreek-e-Taliban Pakistan mendakwa melakukan serangan itu.

Malala, Nobel, Taliban, Peshawar

Artikel Lain