suria

Letusan Gunung Berapi Di Cape Verde Musnahkan Dua Kampung

Penduduk kampung berjalan dekat lahar dan letusan gunung berapi di pulau Fogo, dekat Cha das Caldeiras, Cape Verde pada 29 November lalu. Foto EPA

BISSAU: Letusan gunung berapi Pico do Fogo di Cape Verde, yang terbesar dalam sejarah telah memusnahkan dua perkampungan dan mengancam hutam simpan pada Selasa, kata pegawai.

Kira-kira 1,500 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka sebelum lahar gunung berapi mengalir ke kampung Portela dan Bangeira di pulau Fogo di kepulauan Atlantik, kata ketua bridget bomba, Arlindo Lima pada lewat malam Isnin di saluran radio.

Lebih 1,000 orang dipindahkan dari kawasan Cha das Caldeiras, di kaki gunung berani dengan serta-merta selepas ia meletus pertama kali pada 23 November lalu.

Lima yang mengetuai perkhidmatan perlindungan awam berkata, lahar mula mengalir pada Ahad.

"Lahar yang berkeluasan lebih 500 meter mengalir di kawasan kediaman di Bangeira pada minggu lalu, sekali gus memusnahkan sebahagian besar perkampungan itu.

Menurut Lima, perkampungan Portela turut musnah.

Cape Verde merupakan kepulauan gunung berapi yang terdiri daripada 10 pulau, di mana sembilan pulau mempunyai populasi kira-kira 530,000 orang. - AFP


Artikel Sebelum

Artikel Lain