Serangan Taliban: Pelajar Berlakon Mati Di Celah Mayat Rakan - Dunia | mStar

Serangan Taliban: Pelajar Berlakon Mati Di Celah Mayat Rakan

PESHAWAR: Seorang pelajar Sekolah Awam Tentera di Jalan Warsak di sini terpaksa berlakon seolah-olah dia telah mati dibunuh apabila seorang daripada ahli kumpulan Taliban memeriksa mayat pelajar-pelajar yang dibunuh dalam serangan kejam pada Selasa.

Serangan yang didakwa dilakukan oleh Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) itu dilakukan secara sistematik dengan pembunuhan pelajar dibuat dari kelas ke kelas.

Berikutan itu, seramai 132 pelajar dan sembilan kakitangan termasuk guru maut dalam insiden yang mendapat perhatian dunia itu.

Mangsa yang terselamat, Shahrukh Khan, 16, berkata, ketika tembakan dibuat, dia berjaya bersembunyi di bawah meja.

"Tetapi selepas itu, seorang lelaki memakai but hitam telah datang ke arah saya untuk memeriksa mayat sambil melepaskan tembakan ke arah badan mayat pelajar yang bergelimpangan.

"Ketika itu, saya berpura-pura seperti mati dengan menutup mata dan bersembunyi di tepi mayat rakan.

"Badan saya mengeletar. Saya tahu kematian semakin hampir. Saya tidak akan lupa but hitam yang menghampiri saya ketika itu," cerita pelajar yang masih trauma itu.

Sementara itu, Perdana Menteri, Nawaz Sharif mengumumkan bahawa negara itu akan berkabung selama tiga hari bermula Rabu.

"Mereka (mangsa) juga anak-anak saya. Ini satu kehilangan untuk diri saya, kehilangan bagi negara," katanya

Taliban , Peshawar , Pembunuhan

Artikel Berikut

Utara Jepun Dilanda Ribut Salji

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain