Menurut USGS, gempa bumi bermagnitud 5.9 itu berlaku pada kedalaman 14.6 kilometer. Ia berlaku pada lewat tengah hari kira-kira 30 kilometer dari bandar Kangding di wilayah Sichuan.
Agensi seismologi China menyatakan ia bermagnitud 6.3.
Menurut agensi berita Xinhua, seorang wanita berusia 70-an meninggal dunia apabila dihempap bingkai tingkap.
Seorang pegawai kerajaan wilayah Kangding berkata, gempa bumi itu berlaku hanya beberapa saat dan terdapat laporan bangunan retak dan tembok runtuh.


