suria

Letupan Gas Bocor Gegarkan London

Letupan akibat kebocoran gas di Hotel Hyatt Regency Churchill di London mengakibatkan kira-kira 14 orang cedera.

LONDON: Letupan di bahagian bawah tanah dipercayai berpunca akibat kebocoran gas  beratus-ratus pelanggang Hotel Hyatt Regency Churchill di sini dikerahkan supaya meninggalkan bangunan itu, lewat malam Sabtu.

Pasukan perkhidmatan kecemasan yang bergegas ke tempat kejadian memaklumkan, sekurang-kurangnya 14 mengalami kecederaan.

Portal berita Wall Street Journal melaporkan, kesemua mangsa dibawa ke hospital selepas letupan berkenaan menyebabkan kerosakan teruk di bahagian bawah tanah dan tingkat bawah.

"Kira-kira 400 orang dibawa keluar dari hotel di Berkeley Mews itu selepas letupan menyebabkan kerosakan besar pada tingkat bawah bangunan itu," demikian menurut pasukan bomba di bandar raya ini.

Susulan kejadian itu, pelanggan yang tidak mengalami sebarang kecederaaan ditempatkan di hotel berhampiran.

Menurut laporan itu, enam jentera bomba bersama 35 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengendalikan situasi tersebut dan punca sebenar kejadian masih lagi disiasat.

Ketika ini, pihak bomba juga sedang menilai kerosakan yang dialami bangunan berkenaan.
 

Artikel Berikut

Artikel Lain