Minum air kosong tak boleh 'reset' atau membatalkan semula kandungan gula yang sudah diambil -Gambar hiasan AI
SESETENGAH daripada kita percaya minum banyak air kosong selepas menikmati minuman manis atau bergula boleh membantu meneutralkan semula gula dalam badan.Sebenarnya, perkara itu tidak tepat. Menurut Dr Asyraf Sam, tidak pernah wujud istilah air kosong boleh meneutralkan kesan air manis, terutama lonjakan gula dalam darah yang berlaku selepas minuman itu dihirup.Apabila kita minum air manis, gula akan diserap ke dalam badan dan boleh menyebabkan paras gula darah meningkat.Antara kesan yang dikaitkan dengan lonjakan gula darah ialah:1. Insulin meningkatPeningkatan insulin boleh menggalakkan tubuh menyimpan tenaga, termasuk dalam bentuk lemak.2. Lebih mengidam makanan manisLonjakan gula dalam darah juga boleh menyebabkan keinginan untuk mengambil makanan atau minuman manis meningkat.3. Lebih mudah berasa laparPerubahan paras gula dalam darah boleh mempengaruhi rasa lapar dan rasa kenyang.Dr Asyraf menjelaskan, jika masih mahu mengambil minuman manis, pilihlah waktu yang sesuai.Sebagai contoh, elakkan mengambilnya ketika hampir waktu tidur kerana tubuh tidak banyak bergerak selepas itu.Sebaliknya, pengambilan minuman manis ketika kita akan melakukan lebih banyak aktiviti fizikal membolehkan tubuh menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga.Justeru, Dr Asyraf menyarankan supaya pengambilan minuman manis dikurangkan atau jika mampu, dihentikan terus bagi mereka yang mahu mengamalkan gaya hidup lebih sihat.Jika sukar untuk cut off terus, hadkan pengambilannya kepada sekali-sekala, contohnya sekali seminggu.Yang penting, jangan anggap minum air kosong selepas air manis boleh 'membatalkan' gula yang sudah masuk ke dalam badan.