suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hampir penuh botol mineral! Doktor kongsi kisah benar, terkejut sedut 105 ml cecair lutut pesakit gout

Paras asid urik yang gagal dikawal boleh menyebabkan lutut bengkak dipenuhi cecair sehingga menjejaskan pergerakan pesakit. -Gambar hiasan AI (kiri)

SAKIT sendi akibat gout memang tak boleh dibuat main.

Kalau paras asid urik terus dibiarkan melambung tanpa kawalan, sendi bukan sahaja bengkak malah boleh dipenuhi cecair hingga buatkan pesakit sukar nak bergerak atau berjalan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Dr Hanif Arshad menceritakan pengalamannya merawat pesakit gout.

Malah beliau pernah berdepan satu kes mencabar apabila dia berjaya menyedut sebanyak 105 mililiter (ml) cecair daripada lutut kanan seorang pesakit.

Menurutnya, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pesakit gout bagi membantu mengawal keadaan tersebut.

1. Sakit boleh menyerang beberapa bahagian sendi

Gout lazimnya menyebabkan sakit secara tiba-tiba pada ibu jari kaki, namun kesakitan juga boleh berlaku pada buku lali, lutut atau siku.

Serangan tersebut boleh berlaku selepas mengambil makanan tertentu yang menjadi pencetus kepada individu terbabit.

2. Makanan tertentu boleh mencetuskan gout

Antara makanan yang dikongsikan Dr Hanif sebagai pencetus biasa termasuklah ikan bilis, sotong, udang, daging merah, kacang serta makanan dan minuman manis.

Bagaimanapun, pencetus boleh berbeza mengikut individu dan pesakit perlu mengenal pasti makanan yang menyebabkan serangan berlaku.

3. Sendi boleh dipenuhi cecair

Apabila gout tidak dikawal, kristal asid urik boleh terkumpul pada sendi dan menyebabkan keradangan serta bengkak.

Dalam kes yang dikongsikan itu, Dr Hanif berjaya menyedut 105ml cecair daripada lutut kanan pesakit.

Jumlah tersebut, menurutnya ibarat hampir memenuhi sebotol air mineral kecil dan keadaan itu menyebabkan pergerakan pesakit menjadi sukar.

4. Ubat untuk serangan akut tidak sama dengan rawatan jangka panjang

Dr Hanif menjelaskan terdapat ubat yang digunakan ketika serangan gout berlaku, termasuk ubat tahan sakit dan colchicine.

Bagi rawatan jangka panjang pula, Allopurinol digunakan untuk membantu menurunkan paras asid urik.

Katanya, risiko serangan gout dapat dikurangkan apabila paras asid urik berjaya dikawal pada tahap sasaran.

5. Jangan culas ambil ubat

Menurut Dr Hanif, antara perkara sering ditemuinya ketika merawat pesakit gout ialah ada yang tidak mengambil Allopurinol secara konsisten.

Dia menegaskan penghidap gout tidak sepatutnya mengambil mudah rawatan kerana penyakit yang tidak dikawal boleh menyebabkan kristal asid urik terus terkumpul dan membentuk tophi pada kaki atau tangan.

Keadaan itu bukan sahaja boleh menyebabkan masalah pada sendi, malah boleh mengganggu pergerakan dan menjejaskan kualiti hidup pesakit.

Artikel Lain