TANGGAPAN tekstur kulit bibir sama seperti permukaan salur dubur mencetuskan pelbagai perdebatan dalam kalangan masyarakat.Sebenarnya ia mempunyai persamaan anatomi namun kedua-duanya bukanlah tisu yang sama. Bibir dan salur dubur masing-masing mempunyai kawasan peralihan iaitu zon yang menghubungkan kulit luar dengan lapisan mukosa di bahagian dalam.Kawasan peralihan ini menyebabkan bahagian bibir kelihatan lebih merah, lembut dan sensitif berbanding kulit pada bahagian tubuh yang lain.Manakala pada salur dubur, terdapat perubahan daripada kulit luar kepada lapisan mukosa apabila semakin menuju ke bahagian dalam.Jadi, persamaan antara kedua-duanya bukan bermaksud struktur bibir dan dubur adalah serupa sepenuhnya.Terdapat perbezaan tisu pada kedua-dua bahagian ini.Sebaliknya struktur, fungsi, ketebalan lapisan, bekalan darah serta jenis epitel pada kedua-dua bahagian tubuh itu tetap mempunyai perbezaan.Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, perkara itu turut diterangkan menerusi ilustrasi yang menunjukkan kedua-dua bahagian mempunyai kawasan peralihan antara kulit dan mukosa.Infografik berkenaan turut menegaskan bahawa ada persamaan, tetapi bukan tisu yang sama.Tubuh manusia sememangnya mempunyai banyak persamaan dari sudut anatomi yang mungkin tidak disedari.Cuma apabila fakta sains dipendekkan untuk dijadikan content, penerangan yang asalnya tepat boleh menjadi terlalu umum sehingga menimbulkan salah faham.Jadi, dakwaan kulit bibir sama dengan kulit dubur tidak tepat jika difahami secara literal. Persamaannya lebih kepada kewujudan kawasan peralihan antara kulit dan mukosa, bukannya kedua-duanya mempunyai tisu serupa.