Perut buncit akibat pengumpulan lemak viseral boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit. -Gambar hiasan AI
PERUT yang semakin membesar sering dianggap sekadar perubahan bentuk badan akibat peningkatan usia atau gaya hidup.Hakikatnya, keadaan itu boleh menjadi petanda awal pengumpulan lemak viseral, iaitu lemak terkumpul di sekeliling organ dalaman dan berisiko tinggi memicu pelbagai penyakit kronik. Berikut antara perkara yang perlu diketahui mengenai perut buncit:1. Lelaki lebih mudah menyimpan lemak di bahagian perutBadan lelaki lebih cenderung menyimpan lebihan lemak di bahagian perut, khususnya lemak viseral.Berbeza dengan wanita sebelum menopaus yang lebih banyak menyimpan lemak di bahagian pinggul dan paha kerana pengaruh hormon estrogen.2. Lemak viseral meningkatkan risiko penyakitLemak di bahagian perut bukan sekadar menjejaskan penampilan.Lemak viseral lebih aktif menghasilkan bahan keradangan yang boleh meningkatkan risiko diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan hati berlemak.3. Badan tidak terlalu gemuk bukan bermakna bebas risikoAda lelaki yang tidak kelihatan terlalu gemuk, namun perut sudah mula membulat dan lilitan pinggang semakin besar.Keadaan itu boleh menjadi petanda pengumpulan lemak viseral yang meningkatkan risiko penyakit metabolik.4. Pertambahan usia melambatkan metabolismeApabila usia meningkat, jisim otot akan berkurangan jika seseorang kurang aktif.Pada masa sama, kadar metabolisme menjadi perlahan menyebabkan lebihan kalori lebih mudah disimpan sebagai lemak.5. Gaya hidup tidak sihat menyumbang kepada perut buncitTekanan, tidur tidak mencukupi, pengambilan makanan tinggi kalori, minuman manis serta kurang melakukan aktiviti fizikal antara faktor yang menyumbang kepada pengumpulan lemak di bahagian perut.6. Sit-up sahaja tidak mampu mengecilkan perutMelakukan sit-up setiap hari tidak akan membakar lemak yang tertumpu di bahagian perut.Sebaliknya, lemak perut perlu dikurangkan melalui penurunan lemak badan secara keseluruhan dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat seperti:a) Kurangkan minuman manis.b) Kawal saiz hidangan.c) Lebihkan pengambilan protein dan sayur-sayuran.d) Lakukan aktiviti aerobik secara berkala.e) Tambahkan latihan kekuatan.f) Dapatkan tidur yang mencukupi.g) Elakkan duduk terlalu lama.7. Ukur lilitan pinggang, bukan berat badan sahajaSelain memantau bacaan pada penimbang, ukuran lilitan pinggang juga penting.Bagi populasi Asia, lilitan pinggang 90 sentimeter (cm) atau lebih bagi lelaki dan 80cm atau lebih bagi wanita menunjukkan peningkatan risiko penyakit metabolik.Dalam perkongsian Public Health Malaysia juga menjelaskan perut buncit bukan sekadar isu penampilan, malah boleh menjadi amaran awal bahawa tubuh sedang berdepan masalah kesihatan yang memerlukan perhatian.